Saturday, October 1, 2011

Puisi Buat Angah

Sempena Minggu Keluarga Bestari 2010/2011

Aku terpana
Apabila suara angin berbisik
Sayu..
Berhembus membawa berita..
Akan sebuah kehilangan
Bukan sebagaimana biasanya sebuahcitra fitrah
Tetapi kerana sayangnya Yang Esa buat dirimu
Lalu dipanggilnya dirimu terawal dariku

Air mata kering disapu angin
Sengaja tak ku seka
Kubiarkan sahaja ia mengalir
Kerana aku masih mahu terus begini
mengenang dikau yang telah pergi

Aku tak mampu mengantar kepergianmu

Langit mendung turut berduka
Orang-orang riuh rendah becerita

 Tentang segala amal kebaikanmu


Aku datang kepadamu, Angah
Semilir di bawah kamboja dan nisanmu

Aku menangis dan berdoa
Mengenang segala kenangan bersamamu


Kepergianmu seketika mendewasakan aku

Mengajarkan aku betapa penting arti hidup
Untuk menjadi berguna bagi sesama

Kepergianmu mengajarku

Bagaimana harus mencintai dan menyayangi
Bagaimana harus tulus berkorban dan bersabar
Bagaimana harus berjuang demi keluarga


Hingga saat terakhir hayatmu

Engkau terus berbakti dan berjuang demi keluarga

Dan Hari ini aku menemuimu, angah
Lewat sebait puisi untuk mengenangmu


Bila datang saatnya nanti

Kan kuceritakan segala kebesaran dan keagunganmu
Bersama embun fajar kemarau ku sertakan doa
Semoga engkau mendapatkan tempat terbaik di sisi-Nya
Angah,

Aku merindukanmu..




~aku rasa puas bila dapat bacakan puisi ni tuk Angah.. saje nak buat sesuatu tuk arwah sbgai kenangan :') 
~even baca ayat last je n xkuar pentas.. ^^

aku xde pic pemuisi~ni pic after puisi~pon bolehhh :P


Thanx tuk pemuisi junior family Eucharis ^^

No comments:

Post a Comment