Saturday, December 31, 2011

2011 dan kenangan

Assalamualaikum..

Its a new year.. 2012..  aku masih duduk atas meja pada malam detik 12 tgh malam 2012.. Final exam tak lama lagi, so kene study hard, baiki pointer yg hancus tu..

Tetibe bila semua org kat rumah ni dah tido, aku rasa sesuatu.. sesuatu yg sayu.. yg tak dapat aku gambarkan dengan tulisan ni.. tiba tiba jugak aku rasakan sesuatu pedih dalam hati and air jernih bertakung dalam mata.. :(
Ya Allah.. apakah perasaan ini..



setiap yg bermula pasti ada akhirnya..

Semalam, ibu cerita yang Angah balik.. ibu sempat berborak dgn 'dia'.. ibu potong rambut angah, sebab rambut angah dah panjang.. Aku dengar dgn teliti.. Terpancar rasa seronok dah hiba seorang ibu.

Kelmarin pulak, masa aku tengah belajar tengah2 malam, ibu berlari keluar dalam bilik dia sambil menangis teresak-esak dan peluk aku. Aku terkejut walaupun aku xperlu soal kenapa, aku tahu.. Ibu tersentak.. Tapi masa tu aku tak taw nak buat apa.. Aku marah ibu.. Aku xpandang ibu, aku just cakap " dah la ibu.. xbaik nangis2.. g tido.. baca doa" .. Maaf sebab tinggikan suara sebab aku tak nak ibu terus nangis. 2 kali aku marah bila ibu nangis. Aku tak suke ibu nangis depan aku!

Ini fakta bila aku katakan xde satu hari pon aku terlepas dari merindui abang kesayangan aku tu.. Setiap aku tidur kat bilik, semua kenangan di 2011 bersama dia muncul.. Aku xkan menagis depan ibu..sebab i know my mom well.. cuma tulisan ni  membantu aku lepaskan perasaan rindu..

Muhamad Mujahid, aku tak pernah jemu sebut nama kau..tak pernah jemu tatap muka kau..

cuma.. kerinduaan aku untuk bertemu kau masih tak berkesempatan..

maafkan aku jika aku masih meratapi engkau.. bukan tidak menerima hakikat, tapi hubungn kita terlalu kuat. mungkin kepergian kau mengajar aku untuk terus menjadi kuat..

.....


2011.. 
Aku tak akan pernah lupa tahun ini.. Ujian yang tak pernah aku bayangkan.. Terlalu berat.. terlalu..

Azam aku? cukuplah aku tunaikan 'wasiat' arwah.. n aku nak berubah..
Aku nak belajar menutup aurat dengan baik.. tidak meninggalkan solat.. menjauhi perkara munkar.. membahagiakan kedua ibu bapa.. Insyaallah..

Ya Allah tuhan yg maha mengetahui apa yang diaturkan..
Aku percaya dengan apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..
hanya pintaku.. berikan penderitaan ibu kepadaku.. Aku rela menjadi matanya.. jangan Kau uji dia lagi.

missing.. 

thank you to all my fren yg selalu menjadi tempat mengadu..

Its hard for being the only girl among brothers..

i should not crying too much.. i knew Angah watching me.. beside me.. i can feel u dear.. N just let u know that im missing u much..  please come to my dream.. i ll always wait for you..

Selamat Tahun Baru Angah..

Biarlah, dan aku redha, disana ada Allah yang menjaganya. Ada mahligai untuknya, dan dia bakal menanti kita jua. Cuma masa sahaja yang menentu, samada, kita bakal menyusulnya cepat, atau lambat. Allah bukan ingin menghancurkan kasih dan sayang kita, tapi Allah ingin sayang kita pula, lebih dari sayang kita kepada dia dahulu..


kakak rasa time ni, angah nak sampaikan sesuatu kan.. (1week before)


::Ya Allah, peliharalah dia di sana.. AlFatehah..


kawan2.. sayangilah family korang lebiih dari org yg tak berhak utk disayangi lagi..sebab korang akn rasa ruginya bila tak sempat menghargai mereka.. percayalah...

1 comment:

  1. jaja paham perasaan mun.. kehilangan org kita syg . tabah yer dear..

    ReplyDelete