Friday, November 16, 2012

Bersediakah?


Ujian.
Peperiksaan.
Setiap orang ada kertas soalannya sendiri. 
Sama ada ia soalan yang mudah atau sukar, kita yang tentukan.
Jika kita bersedia, ujian itu menjadi mudah.
Tetapi, jika tidak.. yang mudah tetap menjadi sukar. 

Persediaan?
Kadang kita lalai dengan masa.
Kadang kita leka dengan suasana. 
Siapa yang bersedia jika itu ujian yang tiba-tiba?
Siapa ingin rasa jika kita tak bersedia?

Namun..
Jika kita terpaksa menduduki peperiksaan itu..apa yang dapat kita jawab?
Bersedia atau tidak.. kita sudah didalam dewan peperiksaan.
kertas soalan didepan mata.
Selak helaiannya.. perbagai soalan tersedia. Faham? Ragu?
Jangan! 
Baca perlahan-lahan..fahamkan situasinya..Cuba cari penyelesaiannya..
SETIAP SOALAN ADA JAWAPANNYA.

Cakap senang kan? :)
"kau boleh punyer".. "jangan takut"... "be strong".. "kuatkan semangat"
Awak..
Ganti tempat saya nak?
"..........."
Ngek. siapa nak? Siapa suka ujian?

Sekarang aku dah rasa.. 
Dulu aku pemberi semangat. 
Sekarang aku mendambakan semangat.
Dulu mudah... Sekarang rasakan sendiri. 
Rupanya tak semudah yang disangka. susah. faham tak susah? 
Tak.. korang tak paham..atau.. belum boleh faham lagi.

Tapi tak apa.. 
Kertas peperiksaan itu untuk aku. 
Nama aku. kad matrik aku. 
Aku hanya perlukan sokongan dari teman-teman.
Dan aku inginkan nasihat-nasihat yang aku dah tahu. tapi aku nak korang yang cakap. 
Senyuman dan sokongan dari luar dewan pasti menguatkan aku untuk percaya bahawa aku mampu menjawabnya dengan baik. 
Terima kasih kawan.

Aku dah selesai jawab. 
Masa pon dah berlalu. 
Sekarang, aku hanya perlu berdoa dan redha.
Yakin dan percaya. 
InsyaAllah.. 

Sekarng aku semakin beringat. 
Ingat!.. Ujian pasti datang lagi dengan soalan yang berbeza. Di masa yang lain.
Bersedialah.. 
Itu penentu keputusan kita.
tanya diri sendiri.. DAH SEDIA?



:: Ya Allah.aku belum bersedia untuk kehilangan yang lagi besar. walaupun masa itu akan tiba. tunggulah bila aku dah bersedia.. Ya Allah. Aku redha kehilangan arwah Angah. Berilah aku masa sebelum kau uji dengan kehilangan insan2 lain yang aku sayang. Panjangkan usia Ibu bapa dan ahli keluarga ku.. Amin.. Alfatehah.

No comments:

Post a Comment