PEMBELI MASA SUDAH (Alias Taib)
Penyair ialah pengunjung pasar kisah
peraih pengalaman
dan pembeli masa sudah.
Kerana aku penyair kupenuhi hidupku
dengan kembara dan deria
yang kian memberat di pundakku.
Kulalui lorong-lorong hari sepiku
dari gelisah ke payah
dari sedih ke perih.
Di pasar yang dihingari kisah ini
aku dipanggil peraih cerewet
pemilih yang sukar membuat pilihan
pembeli yang keliru dengan tawaran.
Kerana aku pemilih ruwet
akur harus hati-hati;
pilihan menonjolkan mutu
dan mutu memantulkan peribadi.
Aku pembeli masalah orang
menyusunnya menjadi kata-kata
dan menjualnya kepada pemikir.
Aku juga kadang-kadang pembeli
masalah dan masa sudah sendiri.
Tidak seperti ikan dan sayuran,
masa sudahku lebih mahal
sesudah senja dan murah
di sebelah pagi.
Aku terlintas tuk terambil puisi ni bila aku sedar yang kita semua sedang bermain dengan masa..tiap saat masa berlalu.. pejam celik pejam celik, umo kita semakin tua..
dulu, aku baru je belajar berjalan, sekarang dah boleh berlari..
Dulu, aku baru belajar bercakap, sekarang dah boleh menjawab..
dulu, aku baru je belajar di tadika, sekarang di Universiti..
banyak tempat dah aku prgi, banyak perkataan dah aku cakap n banyak benda dah aku belajar.. org kata pengalaman mengajar kita , n belajar dari kesilapan .. maknanya, kita dah banyak wat silap melalui pengalaman.. cuba kita ingat semula apa yg kita dah wat dulu..
kalau lah masa tu boleh dijual beli.. aku nak jadi Pembeli Masa Sudah ..
Nak elakkan diri dari buat kesilapan lama.. tapi,kalau boley beli mesti ramai akan terus wat silapkan.. buat silap, beli masa lampau, n betulkan. So, macam mana nak belajar dari kesilapan?? Ni la manusia.. ni la aku (pembeli masa sudah)
aku beli (ingat) masa sudah aku, tapi adakah aku belajar dari masa itu.. aku taw aku pernah wat salah dulu, tapi kenapa aku terus mengulangi nya?? no answer ......
sampai bila aku akan menjadi pembeli masa sudah??..
...aku je mampu jawab...
pembaca: sori la entry pertama kita berfalsafah sikit ea.hihi. harap entry seterusnya, kita dapat kongsi cerita yg menarik :)
mun mun <3
No comments:
Post a Comment