Friday, December 7, 2012

Jodoh




:: Saya tertarik kerana Agamanya.. (ღ˘⌣˘ღ)

Sunday, December 2, 2012

Lawn Bowl Bestari

Salam Sukmum!

Sukmum datang lagi! ekeke~..
Actually guys, this was my first time involving in Sukan Universiti Malaya! Yang paling hebat , aku masuk sukan yang tak pernah aku cuba.

LAWN-BOWL!
atau bahasa melayunya : Boling Padang!

Tq to Trex sebab beberapa kali pujuk suh masuk.. Now im an athlete. ekeke~ *kecoh r mung ni munirah
sebabnya aku bukanlah orang yang suka sukan. Biar pentas dari sukan. :D

Finally, 1 and 2 December berakhir. Actually banyak benda yang kami masih tak paham pasal peraturan and    cara yang sebenar bermain. ye lah.. 2 kali je kot latihan. Tapi bangga sebab semua orang bersungguh-sungguh. Aku main group. Triples and Fours. sekurang-kurangnya ada la jugak menang dengan kolej luar. ekeke~ tak pelah ini percubaan pertama aku :) im not regret anything.

Tapi...game dari pg-tengahari. 3 jam berturut di padang (continuously) dan panas terik. Rasa boleh pengsan. So, dont ever ask me about my face. =.= I am budak hitam ~~

Tapi itu hanya fizikal . luaran semua tu.. *bak kata Trex. So, PENGALAMAN lagi penting di sini! Sekurang-kurangnya selama aku menjadi mahasiswa UM, aku dah involve in many projects and activities. YEAYYYYYY ^_^

Pengalaman mendewasakan kita :)

So, let scroll some epic moment of us:)

memorable 
Congrates to my little ERNIE . 4th place!

Penghibur jalanan :) tgh tu pengarah SUKMUM yg turun pdang! tq
yes. we are like set Fire to the rain. Sun Burn =.=
we are Bestarian  ^^

MR President kk4 ! playing n supporting! 


THANK YOU OLLS...XOXO
**btw tahniah pasukan bola sepak 4th dapat no3:) 
:: kadang-kadang kita tak perlukan kemenangan untuk mengukir memori. kadang-kadang kerjasama dan semangat yang ada sudah melebihi segala-galanya. ;)

Tuesday, November 27, 2012

Fatin Dan Mr.A

Happy Birthday Fatin Dahiyah !

'Hai.. sy Akmal..may I know you girl.'

Dipendekkan cerita.. Aku and Alia (Trex) mengenakan Fatin selama seminggu sebelum hari jadi dia! Naik cuti sem, aku guna 2 henfon. Saje nak guna maxis jugak. So I have Maxis and celcom. Lepas tu, aku buat-buat nak kenal fatin .. mula-mula tak dilayan, so, terpaksa buat macam nak mintak tolong . baru lah dia layan/ =.="

Dipendekkan cerita lagi.. setelah seminggu menggangu fatin.. MR.A a.k.a Akmal nak jumpa. dannnnnn.....


kuang kuang kuang :P

Puas. sebab fatin percaya. Puas. sebab Fatin nangis.. ^_^v


Tq kepada Kak nad juga kerana melancarkan perjalanan ^_^



dan si comel Shy ini jugak sebab memeriahkan suasana :)


Selamat Hari Dilahirkan Cik Deya aka Fatin :) loveyou....


from your LOVELY roomates.

::Munirah dan Alia Athirah ^_^
btw.. prank kami berjaya! KBAI!


:: Semoga Allah panjangkan umur kita dan permudahkan urusan kita di dunia dan diakhirat.Amin:)

Thursday, November 22, 2012

NP Suatu Masa

Tetibe lak suka lagu ni :3 ulang suara.. Tetibe.
layan je la ye awok awok semua..
now learning guitar -this song :))



SUATU MASA-cover by Aqasha
Bagaimanakan ku mula
Tiadakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
Mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukan

Berhelai helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua dan ku buangkan jauh
Dari pandangan
Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara kepadanya

Warna warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Apakah kau rasakan apa yang aku rasa
Atau kau tak endah
Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suci ku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima



:: saya kembali normal :) 

Friday, November 16, 2012

Bersediakah?


Ujian.
Peperiksaan.
Setiap orang ada kertas soalannya sendiri. 
Sama ada ia soalan yang mudah atau sukar, kita yang tentukan.
Jika kita bersedia, ujian itu menjadi mudah.
Tetapi, jika tidak.. yang mudah tetap menjadi sukar. 

Persediaan?
Kadang kita lalai dengan masa.
Kadang kita leka dengan suasana. 
Siapa yang bersedia jika itu ujian yang tiba-tiba?
Siapa ingin rasa jika kita tak bersedia?

Namun..
Jika kita terpaksa menduduki peperiksaan itu..apa yang dapat kita jawab?
Bersedia atau tidak.. kita sudah didalam dewan peperiksaan.
kertas soalan didepan mata.
Selak helaiannya.. perbagai soalan tersedia. Faham? Ragu?
Jangan! 
Baca perlahan-lahan..fahamkan situasinya..Cuba cari penyelesaiannya..
SETIAP SOALAN ADA JAWAPANNYA.

Cakap senang kan? :)
"kau boleh punyer".. "jangan takut"... "be strong".. "kuatkan semangat"
Awak..
Ganti tempat saya nak?
"..........."
Ngek. siapa nak? Siapa suka ujian?

Sekarang aku dah rasa.. 
Dulu aku pemberi semangat. 
Sekarang aku mendambakan semangat.
Dulu mudah... Sekarang rasakan sendiri. 
Rupanya tak semudah yang disangka. susah. faham tak susah? 
Tak.. korang tak paham..atau.. belum boleh faham lagi.

Tapi tak apa.. 
Kertas peperiksaan itu untuk aku. 
Nama aku. kad matrik aku. 
Aku hanya perlukan sokongan dari teman-teman.
Dan aku inginkan nasihat-nasihat yang aku dah tahu. tapi aku nak korang yang cakap. 
Senyuman dan sokongan dari luar dewan pasti menguatkan aku untuk percaya bahawa aku mampu menjawabnya dengan baik. 
Terima kasih kawan.

Aku dah selesai jawab. 
Masa pon dah berlalu. 
Sekarang, aku hanya perlu berdoa dan redha.
Yakin dan percaya. 
InsyaAllah.. 

Sekarng aku semakin beringat. 
Ingat!.. Ujian pasti datang lagi dengan soalan yang berbeza. Di masa yang lain.
Bersedialah.. 
Itu penentu keputusan kita.
tanya diri sendiri.. DAH SEDIA?



:: Ya Allah.aku belum bersedia untuk kehilangan yang lagi besar. walaupun masa itu akan tiba. tunggulah bila aku dah bersedia.. Ya Allah. Aku redha kehilangan arwah Angah. Berilah aku masa sebelum kau uji dengan kehilangan insan2 lain yang aku sayang. Panjangkan usia Ibu bapa dan ahli keluarga ku.. Amin.. Alfatehah.

Wednesday, November 14, 2012

Bangunlah semula

|| Salam maal hijrah 1434 :)


" Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula "
Bangkit


Hidup umpama roda. Tak kan nak kat atas je. kadang-kadang kita dibawah. Dan bila diatas jangan lupa tengok dibawah. Makin tinggi kita, makin sakitlah bila jatuh. Tapi.. Jangan lupa Bangkit! ^^


::  all my dear Muslims. May Allah accept all your Ibaadah throughout this year. "Aameen Aameen Yaa Rabbal Aalameen".

Tuesday, November 13, 2012

Egoism

EGOISM: The ethical doctrine that morality has its foundations in self-interest

Saya anak ke tiga. sorang perempuan. 

Saya susah nak mengalah. kalau ibu ayah marah, ada je saya nak pusing. =.=
*maap =.=
Ego ke tu? 

kadang-kadang kan.. saya sanggup biar masa je yang tentukan semuanya, daripada bertindak. Kalau ada orang buat salah, saya biar je la satu hari nanti kami berbaik. Eh. Ego nya. 

kadang-kadang kan.. saya suka pendam dari beritahu kebenaran. sebab saya akan berfikir, kalau memang ia adalah benar, satu hari nanti, ia terbukti kebenaran. betul kan? tak ego kan? 

Kadang-kadang kan.. saya  sukakan seseorang, saya lebih suka diam selepas dia tau. Bukan ke orang kata, kalau jodoh tak kemana. so, kalau da jodoh saya, dia tak lari kemana lah kan. dan kalau dia memang suka kan kita, he should make an action. ego ke tu? 

Entah. =.=" malas la fikir.... 

hepi dewali guys!


:: The reason I dont talk to you anymore is because I keep telling myself that if you wanted to talk to me, you would. -example of egoism.

Sunday, November 4, 2012

I am Titanium


"I’m talking loud not saying much
I’m criticized but all your bull is brick of shame
You shoot me down, but I get up

I’m bulletproof nothing to lose
Fire away, fire away
Brick of shame, take your rain
Fire away, fire away
You shoot me down but I won’t fall
I am titanium"  -titanium, David Guetta

and little advise from sis Naridah 



So guys.. why bother too much in every single small thing you had. There are so much people outside there are having bigger problem than us. Do we dont have foods? cloths? so, what are we sad for? Love? do you still have parent? family? learn to be grateful. 

Say: Alhamdulilah ..Syukur . :) 


:: Self motivation^^ 

Saturday, November 3, 2012

Good Day


Why's the sky so much bluer than I thought it would be?
Why's the breeze so much cooler? just like the sea?
Don't pretend you don't know that you can't even hear 
Should we try to forget change the subject and see? 
Should we just kiss right now?
Just you and me?

Tear starts to fall as I look in your eyes
I try to smile so don't be to surprised 
Why are you like this now?
What are you saying to me?
The things we have talked about has drifted away 
Crying out loud with you here
Emotions have taken over my heart 
I like you Oppa you 
I like you eottoke? 

Was there something wrong with my hairstyle today?
Were my clothes just not that appealing today?
Don't pretend you don't know 
Did you really forget?
Should I just play it off and continue as friends?
Should just stick it out? Or ask you out?

Tear starts to fall as I look in your eyes
I try to smile so don't be too surprised 
Why are you like this now?
What are you saying to me?
The things we have talked about has drifted away 
Crying out loud with you here
Emotions have taken over my heart 
I like you Oppa you 
I like you whew... eottoke?

Please don't say that we're through... lets start over new 
Its just me and you (It's just me and you)
Im going crazy I-i need you baby 
I believe we'll make it through 

Tears start to fall as I look in your eyes 
I try a smile so dont be to surprised 
Girl come away with me
That's how it ought to be 
I promise to love baby starting today
Crying aloud with you here
Emotions have taken over my heart
I like you Oppa you 
I like you


aigoo

ENGLISH VERSION- IU ---------> watch here

Friday, November 2, 2012

Dont drive


You said that you are driving too fast.

but..
why you suddenly Stop?

Dont you think that you should drive slow?

:)

na... 
Is not about speed.

It is about
'You just dont want to drive'


:: Dont drunk and drive :)

Thursday, November 1, 2012

Raja untuk Sehari!

Kompang dipaluuuuu~
Pengantin maluuu~
Duduk bersandinggg~
Tersipu maluu~~

*joget la joget*

Tak dapat nak gambarkan perasaan aku ni taw tak.. ada sedih.. sebak.. gembira..masam masam manis pon ada.. Finally my Hero selamat diijabkabulkan! Alhamdulillah!



"Aku terima nikah Norlian Bt Othman dengan mas kahwinnya...tunai'

SAHHHHHHHHH!!!!!

dengan sekali lafaz itu.. maka menangislah syaitan .. haha padan muka.. aku pon nangis gak, apa cite ni.. huuu.. Sobs sobs.. Inilah satu-satunya abang yang tinggal.. dah la abang yang pertama.. sedih la wei. dengan siapa lagi aku balik nak bermanja-manjaa... kalau dulu boleh tido atas perut along. sekarang agak-agak dapat lagi tak =.=

One more sedih sebab, arwah angah tak ada dalam meraikan hari-hari bahagia ini :(
kalau dia ada mesti lagi kecoh.. emm.. huu... Dia mesti gembira.. :')

Apa-apa pon.. Aku turut tumpang gembira atas hari yang berbahagia ini.. Tahniah Along. Untunglah isteri cantik.. *jeles ittew =.=

jum jum lihat gambar abang saya kahwin ^_^


Pagi pagi nak gi nikah ni.. dub dab dub dab katanya :)

Nak abang saya?? mintak izin sy dulu! :3
Along pagi-pagi ni bape kali gi tandas.. hewhew..

Hang berTuah..  :)

yang halal buatnya :)
Untuk pengetahuan hadirin sekalian, mereka dah main2 cintun ni dari sekolah. Mereka sekelas semasa diTingkatan6.. dan hasil kesetiaan dan keihlasan menunggu abang saya grad.. Kini terpatri janji.. Pergh! Daebak! Kahwin satu umur! 25 years old :) Dulu satu kelas..Kini satu rumah ┐('⌣'┐) (┌'⌣')┌

disertakan sekali:: ini kena wish jugak ni.. "selamat pengapit baru!"

Hari bersejarah buat keluarga kami. 
orang kata.. bila dah seorang adik beradik dah kahwin, dia merebak... err... lambat lagi kot.. :3
┐('⌣'┐) (┌'⌣')┌

Saya sentiasa diTENGAH okayyy... hahaa.. 
Oklah....
Aku undur diri.. sobs.. huu..
Mukhsin B Mukhzam!
kakak doakan semoga Along berbahagia bersama Isteri hingga ke akhir hayat..  mohon anak saudara yang comel ok! :3
Jaga isteri baik2..
Bimbing keluarga dengan agama :)
Yang penting, jangan lupa kami ^^
Dan.... jangan lupa sentiasa doakan arwah angah..
Angah satu2nya adik beradik kita yang banyak berjuang demi keluarga :')
eh.. lagi satu.. Tolong jaga Ibu ayah jugak..
sekarang tanggungjawab along semakin besar.. but I do believe on you <3
You are great brother..

SELAMAT PENGANTIN BARU!!! 28.10.12
-
---
------
-----------
--------------------
--------------------------------
------------------------------------------------
EH


::Dan.. Siapa pula bakal memiliki hati ku.. *chewah :P To BE CONTINUE.... :3

Tuesday, October 23, 2012

Give up


Sometimes, you have to give up on people. 
Not because you dont care,
but because they dont 
>.<

Tuesday, October 9, 2012

Pernah dengar tak


Pernah dengar tak " kalau kita inginkan dan harapkan sesuatu sangat2, kita tak akan dapat "

it happened to me 

Nice 

Patah Seribu


Patah Seribu by Shilla Hamzah

Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku
Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu
oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi
Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan
Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi
Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah…

:: me just learn how to play guitar on this song.. tq Trex..
and when i sing.. it was for you.. as1..

Sunday, September 9, 2012

Mencari Azfar b Najib

Assalamualaikum..

1st of all.. Sy kini di UM!!!! will start my 3rd year study :) Awesome right! yeahh! now on, I am a senior . Final senior. do respect me! Bhahaha POyoss.. Btw, today my first day in KK4 for sem 5. And..... I got my 1st year floor (B ground) after pushing n "makiying" some annoying guys that doesnt know how to queue like MAHASISWA -_-" shame of you guys.

Ok lupakan :)

Now, back to the title , sapo pulok si Azfar ni.. kejap Lukman, Azfar pulak. Ok ini bukan mimpi. Ini betul-betul..

my family and I was struggling finding this guy and his family. Ceritanya begini.....

Aku lahir di Felda Endau johor, tp dibesarkan di Kuala Lumpur until standard3 je. Kami tinggal di SS Subang Jaya.. if im not mistaken, it was SS/19 .. We met this open-hearted family there. Kami ni org2 sederhana tp mereka org2 kaya yg baik (ada ke org kaya x baik? heee) They helped us in many things. Aku tak ingat banyak perkara. tapi dari cerita family aku, they were awesome..

Yang aku ingat, Azfar's mom ambil adik aku yg kecik (muzafar) sebagai anak angkat sebab masa kecik , dia comel. Keluarga mereka banyak memberi.. Banyak jasa mereka.. eh lupa nk cerita. Siapa Azfar. huu Azfar ialah salah seorang anak keluarga ini yang satu umur dengan aku. Biasalah satu umur ni biasa kena padan2 kan.. malu tittew.. hewhewhew.. tp tak ingat sangat.. Along (mukhsin) masih ingat memori dia bermain bersama Azfar.

Disebabkan Azfar anak org berada, Along n angah pernah buat kapal terbang kertas dan dia nak beli .. huu Aku tak tahu knape Azfar tak buat sendiri. mungkin tak reti kot. and satu memori yg aku ingat ialah masa makan di rumah dia, family dia masak sayur bendi. Azfar ni tak reti makan sayur tu. bila dia makan, dia tya: "eh sayur ni terkoyak, macam mane nak makan".. we just laughing :)

Tapi ... (music sedih).. kami terpisah setelah kami pindah ke kampung secara mengejut. aku masih kecik n tak tau apa puncanya.. juga hilang perhubungan.. i dont know how and why. :(( lepas balik kg mereka xdapat dihubungi.. actually smpai skrg aku tak tau macam mana kita terpisah. however, we always talk about you guys. bila selak foto lama, memori ini datang. so, i think, that i just need do something. aku dah banyak cari nama Azfar Najib ni kat dlm FB. even google images tu, satu2 aku tengok with my mom. And ini la cara terakhir aku.. hope blog ini berjaya ^^ InsyaAllah ^^ will pray for that . Amin ..

haishhh... itu je yg aku ingat :( not much to help me find them. So disini sy sertakan gambar kami di Melaka, di rumah kg keluarga nya Azfar:

Azfar n me .. disuruh bergambar.. time ni aku ingat! kiteorg malu2 meawww! 
mom n her mom: "rapat sikit laa" *blushing - i kechik2 dah pemalu taw :P

dan inilah keluarga mereka bersama kami. Ayah Azfar: En/maybe Dato' NAJIB was captured this. her mom yg pkai cermin mata hitam tu: Puan/datin NOR.. AZFAR b. NAjib yg buat peace macam aku tu :P tengah antara kami abang Azfar (Azli kot) yg baju merah tu pon abg dia.

Yg lain tu family aku lah. nak introduce jgk x... nak nak. :P sebelah aku is Arwah Angah (Mujahid), Sebelah Azfar, Along ( Mukhsin).  yg tgh my mom dukung adikku (muzafar) .. ayah dukung adikku lgi (mukhriz) n sebelah hujung tu nenek azfar kot..

ok itu sahaja maklumat yg sy ada.. siapa2 yang kenal keluarga ini , sy mohon jasa baik korg utk maklumkan kpd kami. Kami masih mencari mereka utk ucapkan terima kasih yg x terhingga.. n even that time i was child, but i do miss them :)

Azfar b. Najib! can u hear me? ^_^


:: we need old friends to help us grow old and new friends to help us stay young.

Wednesday, September 5, 2012

Siapa Lukman??


Apa yg aku ingat....dah 2 kali aku dengar, dan rasa cerita tentang dia..
Begini ceritanya..


Satu hari, ayah bawak balik 5 or 6 orang lelaki datang rumah.. Semuanya berpakaian alim2. Tak silap semua berbaju puteh. Aku rasa semua ni mesti org baik2.. dalam 5/6 orang tu, ada seorang yang menarik perhatian aku.. senang cerita lebih hensem la.. 

Sedang diaorang duduk situ, tetibe ayah suruh pilih sorang daripada semua. Masa tu ibu pon ada. Aku ni kan anak ayah, so, aku pon nak pilih salah sorang. Masa tu ayah dah kenalkan kan dah nama diaorang semua ni. Tapi yg aku ingat, sorang je.. 'Lukman'. Aku cari lah kelibat dia. lepastu aku bagitaw kat semua yg aku pilih ...... Lukman.. ibu ayah aku suke je.. 

Lepas semua orang balik, aku tanya ibu, so.. Lukman tu suke ke kat kakak? Ayah cakap suke.. em.. aku dah risau dah takut SS..

Esoknya, dia sorang je datang rumah. Aku bagi dia rasa roti jala buatan aku..hee .. (masa tu aku tak pakai tudung, sbb kononnya, kan aku kat rumah aku) 

Hari tu berbunga lak rasa bila banyak giler borak dgn dia.. lepas tu ... lepas tu.. tetibe dia tanya "awak free hair dah lama?' erk... aku jawab 'eh, xlah.. sy pakai tudung'
"oh kalau pakai tudung,nah..  (dia terjumpa tudung aku kat rumah tu) .. pakai lah.. " dia bagi sambil senyum,

aku pon amik n sarung tudung tu.. Aku tak rasa marah.. tapi aku rasa satu perasaan gembira.. :) lepas tu kami sambung borak.. sampai..... 



sampai Along ketuk pintu bilik aku suruh aku bangun.. OK. aku mimpi... -__-"

Tapi, masa bangun aku asek pikir je.. siapa Lukman? even it was a dream, tapi aku nak jumpa dia lagi.. :( 
Bukan senang seorang lelaki nak menolak perkara yang dilarang bila bersama perempuan. sama ada melihat aurat perempuan, dapat peluang pegang tangan dan sebagainya. kalau dapat, kebanyakan mereka tak tolak. Btw, im not telling here, yang all guys are bad.. but we story about 'human' . the normal one like me :)

Kadang2 mimpi itu untuk kita berfikir.. 
tapi..   SIAPA LUKMAN? 


:: May I meet someone like you.. or you Lukman.. Insyaallah.. 

Wednesday, August 29, 2012

Raya Kembali!

Hari Raya datang lagi.. :)

Allhamdulillah aku puasa penuh. percaya atau tidak.. haruslah percaya ye :P 

Raya pertama:

-bersalaman dan bermaafan bersama keluarga.. 
-menziarahi Arwah Angah (raya kedua tanpa beliau) :')
-membaca yasin di kubur Arwah Angah
-ke kg Felda Endau

nampak tak adik aku yg kecik tu menangis.. hahaha :P tiap tahun tuu ^^



Raya ke2:

-mintak izin ibu ayah utk tgal kat kampong (nanti nk balk jb sendiri) *mulanya diizinkan
so, sempat lah gi beraya rumah kawan baikku ini:

yang sedihnya, tak sempat beraya ke rumah mak angkat ( Errin ), Fatin Izzati, Aisyah, Huda, azlin, zawiyah.. :((((((( serius sedih.. mereka lah kawan baik aku di kg :( sorry guys.. ada masa nti, bkn hai raya kita berjumpa ye :')

-tak sempat beraya kat umah kawan2 baik tu sbb tetibe sepupu n pak2 saudara telepon suruh balik Tengaroh hari tu jgk! kalu tak, jgn balik sini dah katanya..huhuuu.. so, aku pon bergerak balik berjumpa saudara yg sayangkan aku ni kan.. heee



Raya ke4 kot dah balik rumah sebab ibu ayah dah start kerjaa.. so bermula hari yg busannn di jb.. sobss..
Tapi Alhamdulillah, ada jugak kawan sudi beraya di rumah aku, thank you; Hasbi, Subaihah, Ain dan kawan2.. :))) luv u.. ^^

Raya ke berapa pulak ntah, buat open house :))
Alhamdulillah, kawan2 UM yg datang ^^






Thank you friends :))

Sekarang ni tinggal 2 minggu berada di rumah.. *sigh.. alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
btw, di hari yang mulia ini:

SAYA DGN RENDAH HATI, INGIN MEMOHON MAAF KEPADA SESIAPA SHJA YG MNGENALI SY.. :( Maafkan saya ye.. Insyaallah sy akan cube ubah apa yg salah pada diri saya...

"Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin" Munirah sekeluarga;2012 ^^

::sedang nabi maafkan umat.. maaf ye :')

Sunday, June 10, 2012

Thank you Allah!

11/06/12-12/06/12

Dengan izin Allah yang Maha Penyayang.. Saya bertemu 'Angah'..
Lepas solat Subuh.. duduk mengadap nota di meja.. tiba-tiba rasa macam.. eh
AKU MIMPI DIA!!

Ya Allah.... barulah tiba-tiba apa yg aku mimpi bermain di kepala.. Im crying.. hati sayu berbaur rindu..
Thank you Allah.. Finally, I met him.. Setelah hampir setahun, akhirnya kami ditemukan. Aku tak nak fikir ini adalah 'benar' atau tak.. yang penting 'kakak jumpa Angah!'

Yang sangat indah dalam mimpi itu, I knew that he already passed away. I saw him, and told Ibu "Ibu, ibu.. tengok tu.. Angah.. "

Aku terus pergi dekat Angah cepat-cepat dan cakap:

"Angah!.. tau tak kakak sayang Angah! " 


Angah senyum je .. dia tak cakap apa pun.. DIa Senyum! :'))))


Ya Allah .. indahnya hari ni.. walaupun ianya perjumpaan dalam mimpi yang seketika.. Ia sangat bermakna buat aku.. Terima kasih Ya Allah..
Satu hari ni aku terbayang2 raut wajah Angah..

Ibu cakap.. Angah pon rindu kita.. itu yg dia datang jumpa kita.. :')
Sebenarnya, aku pernah cakap, aku nak cakap kat angah, yang 'kakak sayang Angah'
Tercapai!! Syukur Alhamdulillah :')


kepok n nisan angah dah siap pasngtaw.. cuti masa tu, kakak dh tengok :')


Raut wajah...Mendamaikan...
Dan sesuci..Selembut hatimu..
Sinar mata...Mempersona...
Bagai gugur seluruh jantungku...

Aku Ingin engkau tahu...
Cinta aku satu...
Tercipta buat dirimu..
Hanya... Untuk kamu...

:: Mari kita sedekahkan Alfatehah untuk arwah Abang saya.. semoga dia ditempatkan di klangan org2 yg soleh.. InsyaAllah.. Alfatehah.... :')

Friday, May 11, 2012

Master of Ceremony

Salam..

A short post..

:: gadis manis di sebelah saya ialah saudari Munirah bt Mukhzam (ehem)

:: tidak lupa juga. jejaka segak bergaya di sebelah saya ialah saudara Zakuan bin Razak dan kami "pengacara majlis, malam anugerah bestari fasa 2, 2011,2012

yuhuuuuuuuuu..
saje je join MAB as a crew sebab tahun lepas dah merasa duduk meja.. tahun ni nak mencapap sikit..
Sebenarnya aku ada aim stay kolej ni sebab nak merasa semua projek yg ada even as a crew je.. mengada tak? who cares..
so, tahun depan Insyaallah I will not involve in any project dah ^_^

Thank you semua ajk MAB..

jom usha saya ~(‾▿‾~)(~‾▿‾)~

MC FORMAL ^^

inilah saya bersama pakaian sponsor .. sponsor ke? :P


sepatutnya aku duduk dgn wanita2 ccantik ini tapi apakan daya.. 

Presiden yg aku respect n syg (Shamsul Azhar a.ka Alec) .. and itu Acai

dan ini Si Hensem saya : Afiq Hanshome :P

actually tak nk letak pic tira tp suke plk pic ni.. lallaaala~

ini Pengerusi KMTB sdg mengorat setiausahanya :P hewhewhew

DAN INI LAH AJK N CREW MAB 2011/2012 ~GOOD JOB GUYS!

Aku rasa seronok pada malam tu.. lebih2 lagi ada org bagi Ferrero Rocher.. hewhewhew
Maaf jika ada kekurangan dalam mengacarakan majlis malam tu..
Thank you again..

Selamat Malam dan Jumpa lagi (ayat MC) :P

:: nota kaki: Malam itu aku rasa confident level yg Tinggi dgn heels Tinggi itu! barulah tahu penampilan dan ketinggian mempengaruhi diri.. i love my height :P

:: The prestigious night in an enchanted garden